Ops Pasir Elemen Penting Jamin Keselamatan Timur Sabah

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pelaksanaan Ops Pasir sejak 10 tahun lepas di perairan pantai timur Sabah masih relevan dan menjadi elemen penting dalam menentukan keselamatan di perairan itu, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Beliau berkata, operasi tersebut telah dijalankan dengan baik oleh ATM bersama agensi keselamatan yang lain dalam menangani segala ancaman keselamatan.

"Operasi ini masih relevan dan ia akan diteruskan hinggalah kita menerima arahan daripada kerajaan untuk menghentikannya.

"Kita perlu menentukan keselamatan di kawasan itu terutama untuk memberi keyakinan kepada rakyat di negeri ini, pelabur dan pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal Ops Pasir Utara di Kem Pulau Berhala di sini hari ini.

Azizan berkata, dalam lawatan dua harinya sejak semalam ke kawasan pelaksanaan Ops Pasir di perairan timur Sabah yang membabitkan sektor selatan dan utara, beliau berpuas hati dengan aspek pengendalian operasi tersebut.

"Anggota ATM yang terlibat dalam pelaksanaan operasi ini komited untuk menentukan kawasan perairan, kepulauan dan pesisir pantai di timur Sabah berada dalam keadaan selamat.

"Hasil lawatan ini, saya melihat apa yang kita buat sekarang adalah mencukupi dalam menentukan keselamatan di kawasan itu dan kita memberi jaminan akan sentiasa menentukan keadaan aman kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Berhubung notis 'warden' yang dikeluarkan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 15 Januari lepas, Azizan berkata ia adalah nasihat perjalanan biasa dan negara lain juga ada mengeluarkannya.

Nasihat perjalanan itu meminta rakyat asing agar berwaspada terhadap kemungkinan serangan pengganas di kawasan perairan timur Sabah.

"Ia tidak hanya dikeluarkan pada masa sekarang tetapi pernah dikeluarkan sebelum ini. Pasukan keselamatan yang terlibat dalam pelaksanaan operasi di perairan timur Sabah terdiri ATM, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama agensi penguatkuasaan yang lain sentiasa berusaha memastikan keselamatan di kawasan itu berada di tahap yang terbaik.

"Ini termasuk menentukan keselamatan pelancong dari luar negara yang mengunjungi kawasan itu," kata Azizan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan