Masyarakat Kurang Sedar Kepentingan Khazanah Laut: Kurup

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat umum masih kurang sedar akan kepentingan khazanah laut yang boleh mengakibatkan kekurangan sumber asli sekaligus menyebabkan kemerosotan ekosistem negara, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.

"Ramai tidak sedar bahawa negara kita kaya dengan biodiversiti marin. Batu karang sebagai contoh merupakan suatu ekosistem marin yang berbiodiversiti tinggi yang perlu dikawal dan dilindungi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku 'Marine Parks of Malaysia-Beauty Beyond The Land' di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia adalah negara bertuah kerana mempunyai 42 buah pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut manakala sebanyak 32 buah pulau lagi bakal digazetkan.

Dalam sidang medianya, Kurup berkata, buku setebal 200 muka surat hasil pertama Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) ini boleh dijadikan cenderamata oleh organisasi swasta dan kerajaan untuk dibawa ke luar negara sebagai salah satu langkah mempromosikan produk pelancongan tempatan.

"Coffee Table Book" ini boleh dijadikan tarikan pelancongan negara di kalangan pelancong asing dan tempatan untuk menghayati keindahan khazanah marin serta Taman Laut di Malaysia.

"Selain menggalakkan industri pelancongan, buku ini juga dapat mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesedaran mengenai Taman Laut dan alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia," katanya.

Sebanyak 1,500 naskhah buku ini telah diterbitkan dan akan diedarkan kepada pejabat perwakilan Malaysia di luar negara, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia serta Malaysia Airlines (MAS) untuk ditempatkan dalam Golden Lounge MAS.

Orang ramai pula boleh memiliki buku tersebut dengan harga RM170 senaskhah dan boleh didapati di JTLM seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan