KPDNKK Sita Stesen Minyak Ingkar Arahan

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Sebuah stesen minyak di kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dikenakan tindakan sita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana membenarkan pengguna mengisi minyak petrol menggunakan tong plastik.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kelantan, Rosli Ahmad berkata, tindakan berkenaan dilakukan hasil pemantauan pegawai dan kakitangannya di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 9.30 malam semalam.

"Ketika pemantauan kakitangan kita telah mengesan sebuah kereta tempatan mengisi petrol sejumlah 11 liter ke dalam tong plastik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosli berkata, sehubungan itu pihaknya telah menahan dan menyita kereta berkenaan termasuk juga petrol jenis RON95 di stesen minyak berkenaan.

"Sejumlah 46,400 liter petrol RON95 serta kereta turut dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM91,546," katanya.

Menurut Rosli, tindakan sita dibuat kerana pemilik stesen telah melanggar arahan kementerian mengikut Peraturan 12A Peraturan Kawalan Perdagangan 1974 yang tidak membenarkan minyak dijual menggunakan tong plastik.

"Jika sabit kesalahan pengusaha stesen minyak boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga bulan penjara," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Rosli berkata, pihaknya berpuashati kerana semua stesen minyak kini mematuhi larangan mengisi lebih 20 liter diesel atau petrol kepada kenderaan asing.

"Hasil pemantauan dan operasi bersepadu seperti yang dilakukan hari ini mendapati semua stesen minyak di kawasan sempadan telah mematuhi arahan ini, namun pemantauan berterusan akan dilakukan setiap masa," katanya.

Di Kelantan sejumlah 106 stesen minyak yang jaraknya 50 kilometer dari kawasan sempadan telah diberi surat arahan larangan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan