Kes Curi Pasir: SPRM Tubuh Pasukan Khas

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji sistem dan prosedur pengeluaran permit pasir yang diamalkan di seluruh negara pada masa ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini hari ini, penubuhan pasukan di bawah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM itu juga akan mengenal pasti dan mengkaji kaedah penguatkuasaan peraturan berkaitan bahan itu dikeluarkan.

"SPRM amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus berleluasa memberi kesan kepada ekonomi dan alam sekitar.

"SPRM juga percaya usaha membanteras jenayah rasuah tidak hanya terletak kepada suruhanjaya ini semata-mata tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak supaya semua aset serta harta negara sentiasa terpelihara sampai bila-bila," kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat SPRM itu.

Dalam pada itu mengenai operasi khas SPRM bagi membanteras sindiket mencuri dan menyeludup pasir ke luar negara yang dijalankan sejak April lalu, kenyataan itu memberitahu, seramai 10 orang masih direman daripada 38 orang yang ditangkap di seluruh negara melibatkan nilai rasuah lebih RM280,000.

"28 orang daripada jumlah itu terdiri daripada pegawai penguat kuasa atau pegawai kerajaan, pegawai khas dan setiausaha sulit (2), orang awam (5) dan pekerja swasta (3).

"Kesemua tahanan adalah dari empat buah negeri iaitu Johor, Perak, Pahang dan Selangor," menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dari segi pecahan tangkapan mengikut negeri terbabit, Johor (kakitangan kerajaan - 6), Perak (kakitangan kerajaan - 5, orang awam - 1), Pahang (kakitangan kerajaan - 12) dan Selangor (kakitangan kerajaan - 4, orang awam - 5, kakitangan swasta - 3, pegawai kepada ahli politik - 2).

Dalam pada itu, kenyataan SPRM itu menyebut, sehingga 25 Januari lalu, seramai 28 orang dilepaskan dengan jaminan SPRM melibatkan nilai antara RM1,000 hingga RM10,000 seorang dengan seorang penjamin.

Kenyataan itu menambah, operasi khas SPRM dilancarkan hasil daripada 410 maklumat yang diterima dari seluruh negara.

Berdasarkan statistik, pecahan maklumat adalah seperti berikut, Ibu pejabat SPRM menerima 159 maklumat diikuti Kelantan (88), Kedah (31), Negeri Sembilan (24), Perak (24), Selangor (16), Johor (14), Sabah (9) Sarawak (9), Pahang (8), Pulau Pinang (8), Melaka (7) dan Kuala Lumpur (6).

Antara tujuan suapan rasuah dibayar adalah untuk mempercepatkan proses permohonan pasir, meluluskan permohonan permit pasir, membenarkan aktiviti mencuri dan menyeludup pasir serta supaya tindakan penguatkuasaan tidak diambil kepada mereka yang berkaitan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan