Eksport Produk Minyak Sawit Dijangka Lebih RM100 Bilion Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Eksport produk minyak sawit dijangka melebihi RM100 bilion pada 2020 ekoran usaha mempertingkatkan pengeluaran yang kukuh, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok hari ini.

Untuk mencapai sasaran itu katanya, kerajaan sedang melakukan usaha untuk menjana eksport lebih banyak produk nilai tambah, perkhidmatan dan teknologi berkaitan minyak sawit.

Pada 2008, eksport produk minyak sawit dicatatkan RM65.2 bilion.

Mengenai kayu katanya, pendapatan eksport dari industri itu dijangka mencecah RM53 bilion menjelang 2020 daripada RM22.5 bilion pada 2008.

Ditanya mengenai harga minyak sawit mentah (MSM), Dompok berkata, beliau merasa selesa dengan paras harga RM2,400-RM2,600 setan metrik sekarang ini.

"Pada paras RM2,400-RM2,600 itu, para petani dan pemilik ladang sepatutnya gembira. Jika mereka gembira, saya turut gembira," katanya.

Sebelum itu, Dompok berkata, eksport komoditi itu secara keseluruhannya merosot 19 peratus kepada RM84.6 bilion bagi tempoh Januari hingga November 2009 berbanding dengan tempoh yang sama sebelum itu.

Katanya, trend menurun itu adalah berikutan kekurangan permintaan luaran berikutan krisis ekonomi global yang bermula pada suku tahun kedua 2008.

Oleh kerana sektor komoditi dijangka memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara ini katanya, di bawah Rancangan Malaysia Ke-sepuluh, fokus yang akan diberi adalah untuk membiayai aktiviti pembangunan produk nilai tambah dan bekalan yang mampan bahan mentah itu bagi menyokong aktiviti hiliran.

"Ini akan dilaksanakan dengan input dan kerjasama dari sektor swasta," katanya, sambil menyatakan perhatian akan diberikan kepada para pekebun kecil.

Beliau menjelaskan bahawa, ini bertujuan memastikan paras pendapatan dinaikkan selaras dengan objektif negara untuk berkgerak ke arah negara berpendapatan tinggi.

Kerajaan katanya, akan melaksanakan langkah menggalakkan pembangunan dan latihan bagi tenaga kerja Malaysia di dalam sektor komoditi.

"Sektor itu tidak boleh alpa mengenai keperluan untuk mengurangkan pergantungan pada buruh asing. sektor ini mempunyai sejumlah 218,000 buruh asing," katanya.

Dompok berkata, kementeriannya akan terus mendapatkan pandangan industri, yang termasuk memjukan pelan jangka panjang bagi mengurangkan buruh, terutama buruh asing. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan