Dr Capuano Wakil WHO Baru ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wakil baru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Corinne Martine Monique Capuano menyerahkan surat pelantikannya kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong di sini hari ini.

Dr Capuano memulakan tugasnya pada 8 Disember lepas bagi menggantikan Dr Han Tieru yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 13 September lalu.

Warga Perancis itu memulakan kerjayanya dengan WHO di Port Vila, Vanuatu dan sebelum ini beliau bertugas sebagai saintis di Pejabat Perwakilan WHO di Suva, Fiji.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat berkenaan, Dr Capuano berkata, WHO komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia bagi menambah baik tahap kesihatan penduduk negara ini.

"Malaysia telah mencapai kemajuan besar daripada segi keupayaan teknikal dan kami berharap dapat menggunakan keupayaan ini di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Lee berkata, Malaysia berharap WHO akan terus memberi kerjasama dalam membantu meningkatkan kekebalan negara ini terhadap wabak yang mungkin muncul pada masa akan datang.

Katanya, memandangkan penyebaran penyakit berjangkit berada pada tahap membimbangkan, Malaysia amat menghargai bantuan WHO, terutama dalam penyelidikan dan meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai.

"Kerajaan bersedia berganding bahu dengan WHO demi manfaat bersama serta berharap Dr Capuano akan menjalin hubungan kerja yang baik dengan pihak berkuasa di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan