AirAsia Sasar Dua Juta Penumpang Ke India Menjelang 2011

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang akan memulakan perkhidmatan ke lima lagi bandar raya di India bermula April, mensasarkan dua juta penumpang ke India menjelang 2011, kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes, hari ini.

"Kami berbangga menjadikan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke India dan pada masa yang sama ia adalah pintu masuk India ke Asean," kata Fernandes selepas majlis pelancaran perkhidmatan baharu itu oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Syarikat penerbangan itu akan memulakan penerbangan harian ke New Delhi, Mumbai, Bangalore, Hyderabad dan Chennai pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

Ia akan terbang dari Pulau Pinang ke Chennai pada 28 April 28 dan dari Kuala Lumpur ke Mumbai (6 Mei), Chennai (17 Mei), Bangalore (20 Mei), Hyderabad (20 Julai) dan New Delhi (4 Ogos).

Ong berkata, dengan laluan baru ini, Air Asia dan syarikat penerbangan jarak jauhnya Air Asia X boleh memanfaatkan pertumbuhan ekonomi India yang sedang pesat membangun.

"Saya harap AirAsia dan AirAsia X akan terus mengorak langkah kehadapan dan membuka malahan lebih banyak laluan destinasi di India dan di seluruh dunia bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia mengunjungi tempat-tempat ini dan apa yang lebih penting menyediakan kepada syarikat dan perniagaan Malaysia ruang untuk meneroka pasaran baharu dan peluang ekonomi baharu," katanya.

Menurutnya, penerbangan ke India akan menjadi lebih penting kerana Malaysia mempunyai hubungan yang sudah lama wujud yang dijangka bertambah baik lagi selepas kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India baru-baru ini.

"Kedua-dua Malaysia dan India bersetuju masalah visa akan dikaji secara menyeluruh agar tidak menjadi halangan kepada pelancong sejati," katanya, sambil menambah pada 2009, bilangan pelancong dari India ke Malaysia berjumlah seramai 589,838.

Ong berkata, AirAsia membawa 237,367 penumpang ke empat bandar India iaitu Trichy, Kochi, Trivandrum dan Kolkata, destinasi pertama yang ia memulakan perkhidmatan penerbangannya.

"Sehubungan itu, kerajaan akan terus memudahkan industri dalam usaha mencapai wawasannya," katanya.

Jualan bagi laluan baharu itu bermula daripada sehingga serendah RM199 bagi tempahan dari 27 Januari hingga 31 Januari untuk perjalanan antara 28 April dan 30 Oktober tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan