Zahid Tunggang Superbike Untuk Misi Damai

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dengan menunggang superbike Honda Gold Wing berkuasa 1,800 cc, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melakukan Misi Damai 11 hari dari Chiang Rai ke Bukit Kayu Hitam singgah di Kedutaan Malaysia di sini hari ini. Beliau disambut oleh Duta Besar Datuk Husni Zai Yaacob setibanya di kedutaan itu pada 11 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia).

"Selain mewujudkan kontek rakyat-dengan-rakyat, ekspedisi 50 penunggang itu dari tiga negara - Malaysia, Thailand dan Indonesia - juga bertujuan mempertingkatkan diplomasi tentera," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata 50 penunggang dan 40 pembuncing terdiri daripada personel kanan tentera dan profesional dari tiga negara. Perjalanan mereka bermula di Chiang Rai, Thailand Rabu lepas dan dijadual berakhir di Bukit Kayu Hitam, Kedah Ahad ini.

"Keamanan boleh disumbangkan secara tidak rasmi. Sebenarnya, kami memupuk diplomasi tidak rasmi. Walaupun kami datang dari tiga negara, dan terdiri daripada beberapa bangsa, agama dan latang belakang, kami bercakap dengan bahasa sama - bahasa motosikal," kata beliau.

Ekspedisi itu dianjurkan oleh Persatuan Superbikers Malaysia yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid.

"Tidak perlu perbincangan meja bulat jika timbul sebarang masalah kemudian nanti dalam menjalankan tugas kami oleh kerana kami telah menubuhkan hubungan interpersonal. Kami boleh atasi masalah hanya menerusi panggilan telefon," kata beliau.

Ahmad Zahid, seorang peminat mendalam terhadap super bike, berkata beliau akan mempertimbang menjadikan acara itu sebagai acara tahunan sebagaimana dicadangkan oleh Husni.

"Saya akan menunggung selagi terdaya," kata menteri berusia 58-tahun itu yang mempunyai lima anak dan enam cucu.

Husni berkata ekspedisi seumpama itu memupuk hubungan baik antara Thailand-Malaysia dan juga hubungan rakyat dengan rakyat sebagaimana dicita-citakan oleh Asean.

Ditanya apa yang menarik perhatian beliau semasa ekspedisi itu, Ahmad Zahid berkata sikap ramah mesra yang terserlah di pihak Thai daripada datuk bandar, dan kakitangan tentera serta polis dan orang-orang biasa.

Kepada soalan lain, Ahmad Zahid berkata Malaysia akan meneruskan peranan sebagai pemerhati di latihan tentera Cobra Gold AS-Thai sekalipun Korea Selatan telah menaikkan tarafnya dari pemerhati kepada peserta di latihan itu tahun ini.

Malaysia, katanya, akan meneruskan latihan tentera bilateral masing-masing dengan Thailand dan Indonesia.

Lebih 11,000 askar dari Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan akan mengambil bahagian dalam latihan 11 hari itu bermula 1 Februari di wilayah-wilayah Rayong, Phetchaburi dan Lop Buri di Thailand. - BERNAMA

THAILAND-ZAHID 3 (AKHIR) BANGKOK Ditanya apa yang menarik perhatian beliau semasa ekspedisi itu, Ahmad Zahid berkata sikap ramah mesra yang terserlah di pihak Thai daripada datuk bandar, dan kakitangan tentera serta polis dan orang-orang biasa. Kepada soalan lain, Ahmad Zahid berkata Malaysia akan meneruskan peranan sebagai pemerhati di latihan tentera Cobra Gold AS-Thai sekalipun Korea Selatan telah menaikkan tarafnya dari pemerhati kepada peserta di latihan itu tahun ini. Malaysia, katanya, akan meneruskan latihan tentera bilateral masing-masing dengan Thailand dan Indonesia. Lebih 11,000 askar dari Thailand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan akan mengambil bahagian dalam latihan 11 hari itu bermula 1 Feb di wilayah-wilayah Rayong, Phetchaburi dan Lop Buri di Thailand. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan