Sultan Sampai Watikah Kepada Hakim Mahkamah Syariah Selangor

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada 22 warga Mahkamah Syariah, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Menerima watikah masing-masing ialah tujuh Hakim Panel Mahkamah Rayuan iaitu Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Muhamad Asri Abdullah, Datuk Md Yusup Che Teh, Hussin Ahamad, Datuk Aidi Moktar, Datuk Mahamad Ibrahim dan Mohamad Abdullah. Pelantikan mereka berkuatkuasa 28 Jan ini untuk tempoh tiga tahun.

Turut menerima watikah pelantikan hari ini ialah Mohammad Adib Husain yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi berkuatkuasa 1 Okt lepas, sementara Abdul Halim Abdullah, Ahmad Alwi Embong dan Mohd Anuar Shaari dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah berkuatkuasa 16 Nov lepas.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut menyerahkan masing-masing satu watikah kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah dan sembilan watikah pelantikan bagi jawatan Pendaftar Perkahwinan, Cerai Rujuk Orang Islam dan Wali Raja. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan