"Saya Bukan Dalang..." - Khalid Samad

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad menolak khabar angin yang mengatakan beliau merupakan dalang di sebalik siasatan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menafikan bahawa beliau mengamalkan budaya 'cah keting' atau cantas-mencantas untuk kepentingan politiknya.

"Ingin saya jelaskan kedudukan sebenar iaitu siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa disiplin terhadap saya ialah berdasarkan aduan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor atau lebih khusus Datuk Hassan Ali sendiri.

"Tapi siasatan yang dilakukan terhadap Datuk Hassan bukan daripada aduan saya, saya tak pernah buat apa-apa aduan tentang beliau... itu kerja orang lain," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sejak November tahun lalu, Khalid dan Hassan disiasat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung tuduhan terhadap mereka.

Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tatatertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

Keduanya kerana beliau telah menulis dalam blognya, mendedahkan minit mesyuarat badan perhubungan PAS selangor pada 27 September 2009.

Bagi Hassan, beliau juga menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persediannya untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bagi mengumumkan mengenai keputusan terhadap siasatan mereka beliau berkata: "Saya memang sudah lama bersedia."

Ditanya sama ada beliau sudah menerima surat arahan untuk hadir pada 29 Januari depan di Ibu Pejabat PAS Pusat, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan beliau masih belum menerima apa-apa maklumat rasmi mengenainya.

"Surat belum ada, tapi saya memang dah tahu. Tapi saya tak dapat nak hadir nanti kerana mulai esok saya akan ke Timur Tengah atas beberapa urusan... insya-Allah 12 Februari saya akan pulang.

"Namun saya akan menghantar wakil nanti dan memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit mengenainya," katanya.

Berhubung sama ada beliau akan menerima dengan hati terbuka apa jua keputusan yang bakal diumumkan nanti, beliau berkata: "Mana boleh terima sahaja, kena tengok dulu apa keputusannya... ada banyak lagi proses selepas itu.

"Kalau saya didapati bersalah, saya boleh buat rayuan... tapi saya yakin insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku," ujar beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan