Saksi Dakwa Dengar Bunyi Letupan Selepas Pesawat Terhempas

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAMARAHAN: Pesawat ringan persendirian yang terhempas di Sungai Ladong, Simunjan Samarahan awal pagi tadi meletup selepas terhempas di atas pokok.

Munir Che, 55, penduduk Kampung Sungai Ladong yang pertama sampai ke tempat kejadian bersama dengan rakan-rakan sekampung berkata, sebelum kejadian berlaku cuaca amat baik dan pesawat ringan tersebut terbang rendah di sekitar kampung tersebut sebelum terhempas.

"Pada pukul 8.15 pagi tiba-tiba terdengar satu letupan dan saya syak pesawat ringan tersebut terhempas," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Munir berkata, sejurus selepas mendengar letupan tersebut satu laporan polis dibuat di Balai Polis Simunjan oleh rakannya Tegah Jaapar, 55, dan selepas membuat laporan beliau bersama tujuh rakan lain memasuki hutan tersebut untuk mencari lokasi pesawat berkenaan.

"Perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa satu jam dan pesawat tersebut berjaya ditemui berpandukan bau minyak dan asap yang dikeluarkan oleh pesawat itu," katanya.

Beliau berkata, setelah sampai ke tempat kejadian pesawat malang tersebut terputus dua dengan bahagian badan pesawat tergantung di atas pokok serta beberapa bahagian enjin jatuh di atas tanah manakala juruterbang tersebut terpelanting dari badan pesawat dan dijumpai di bawah pokok tersebut.

"Kedua-dua mangsa, juruterbang dan penumpang masih bernyawa ketika kami menjumpai mereka di lokasi kejadian," katanya sambil menambah penumpang masih berada dalam pesawat.

Tragedi tersebut menyebabkan juruterbang pesawat berkenaan Stanley Tiong, 61, terbunuh manakala Dr Ngu Siu Kong, 58, seorang doktor pakar bedah dari Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, cedera setelah berjaya diselamatkan dari badan pesawat yang masih tersangkut di atas pokok berkenaan setinggi 100 kaki oleh pasukan mencari dan menyelamat menggunakan sebuah helikopter.

Pesawat berkenaan sedang dalam penerbangan dari Kuching ke Sibu sebelum terhempas dan setakat ini punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan