Pendekatan Najib Tingkat Keanggotaan Pemuda: Khairy

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi faktor utama pertambahan anggota Pemuda Umno kepada 703,126 orang sehingga akhir tahun lepas, kata Ketua pergerakan itu Khairy Jamaludin semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh antara Mac hingga Disember lepas, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 25,019 anggota baru.

"Apabila ditanya kepada ketua-ketua pemuda negeri dan bahagian, apakah sebab begitu ramai pemuda yang menyertai kita, jawapan yang saya dapat ialah generasi muda senang dengan pendekatan dan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat mesra kepada orang muda," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Pemuda Prihatin anjuran Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, di sini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemantauan dan kaji selidik juga mendapati pendekatan Perdana Menteri yang mengutamakan rakyat mengubah persepsi golongan muda bahawa pemimpin Umno sombong dan sukar didekati.

Beliau berkata, pergerakan itu akan mendaftarkan kesemua anggota baru yang layak sebagai pemilih.

Mengenai Program Pemuda Prihatin, Khairy berkata, tujuannya ialah untuk mendekati rakyat berbilang bangsa selain menghulur bantuan yang diperlukan mereka.

Pada program hari ini, Pemuda Umno mengunjungi beberapa buah rumah golongan yang memerlukan termasuk bersetuju membantu mengecat dan membuat pendawaian semula rumah sebuah keluarga keturunan India yang terbakar baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan