Pemakaian Perkabungan Di Johor Sukarela, Bukan Paksaan

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan dengan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan."

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada persidangan akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat-pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lepas.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi royal consort, gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengenai tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan