Media Disaran Wujudkan Meja Perpaduan

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak media disaran mewujudkan meja perpaduan dalam organisasi masing-masing bagi membantu kerajaan meningkatkan lagi persefahaman antara rakyat yang berbilang kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata meja khas itu boleh berfungsi sepertimana meja berita lain yang sedia wujud dalam organisasi media, tetapi ia memberi tumpuan khusus ke arah memupuk perpaduan, persefahaman agama dan budaya.

"Media memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Jadi adalah perlu ia turut memberi tumpuan yang lebih dalam membantu memperkukuhkan perpaduan dan mencapai persefahaman yang menyeluruh di kalangan rakyat," katanya semasa merasmikan Simposium Media dan Perpaduan di sini, hari ini.

Beliau juga menyarankan supaya pengamal media yang menggunakan pelbagai medium dan bahasa pengantara supaya lebih kerap berinteraksi sesama sendiri bagi menyemarakkan penyebaran maklumat mengenai usaha ini.

Koh berkata walaupun organisasi media mempunyai kepentingan yang berbeza, kepentingan perpaduan dan keharmonian harus diutamakan.

Beliau berkata Yayasan Institut Akhbar Malaysia boleh menjadi peneraju dalam hal ini dan berperanan menjadi badan rujukan untuk perkara yang berkaitan dengan media dan perpaduan.

Simposium sehari bertemakan "Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian" itu dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Institut Kewartawanan Malaysia dan Organisasi Pendidikan Islam Saintifik dan Kebudayaan. Ia dihadiri hampir 300 pelajar institusi pengajian tinggi dan pengamal media. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan