Matta Fair 2010 Janjikan Diskaun Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pameran Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair 2010) yang akan diadakan pada 12,13 dan 14 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) menawarkan pakej-pakej pelancongan lebih menarik pada harga lebih rendah berbanding tahun lalu.

Menurut Presiden Matta, Datuk Mohd Khalid Harun, promosi bersama dengan syarikat-syarikat penerbangan lain membolehkan lebih banyak diskaun dan keistimewaan ditawarkan kepada para pengunjung, terutamanya pemegang-pemegang kad Matta Fair.

“Selain itu, bagi setiap RM200 yang dibelanjakan untuk membeli pakej percutian dalam negara, mereka layak mengambil bahagian dalam Peraduan Domestic Buyer.

“Sekiranya mereka membelanjakan RM400, maka mereka layak menyertai peraduan tersebut sebanyak dua kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, peraduan yang julung kali diadakan itu menawarkan baucer pakej percutian bernilai RM5,000 sebagai hadiah utama.

“Ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai bercuti dalam negara,” katanya.

Para pengunjung yang membeli pakej percutian antarabangsa melebihi RM500 juga berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan International Buyer.

Hadiah utama peraduan tersebut ialah baucer pakej percutian bernilai RM20,000.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat tiga lagi organisasi pelancongan nasional (NTO) baru akan mengambil bahagian pada Matta Fair kali ini.

“Buat masa ini, sebanyak 57 NTO telah pun mendaftar dibawah Matta dan pada tahun ini, Yemen, Abu Dhabi serta Austria akan menyertai pameran itu nanti,” jelas Mohd Khalid.

Sementara itu, sebanyak 70,000 pengunjung dijangka hadir dan jumlah jualan juga dijangka meningkat berbanding ekspo tahun lalu.

“Memandangkan keadaan ekonomi dunia semakin pulih dan tiada penularan wabak serius seperti H1N1, kami percaya ramai akan mengambil peluang ini untuk bercuti.

“Kami juga sedang bercadang untuk meningkatkan jumlah ruang pameran daripada 70 ke 80,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, pameran seumpamanya akan turut diadakan di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Sabah.

“Kami akan membuat sidang akhbar mengenainya kelak,” katanya.

Matta Fair diadakan dua kali setahun pada Mac dan September dan secara purata menjana pulangan kira-kira RM8.5 juta setiap kali pameran itu diadakan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan