KPDNKK Akan Pinda, Perkenal Akta Baru

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membentangkan satu akta baru dan pindaan enam akta berkaitan kepenggunaan pada persidangan Parlimen yang dijadual Mac ini, dalam usaha kerajaan menjaga kepentingan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akta baru itu akan dikenali sebagai Akta Persaingan, manakala enam akta yang terlibat dengan pindaan ialah Akta Sewa Beli, Akta Kawalan Harga, Akta Perlindungan Pengguna, Akta Jualan Langsung, Akta Hak Cipta, dan Akta Maktab Kerjasama Malaysia. "Akta Persaingan ini adalah anti monopoli dan anti kartel. Melalui monopoli peniaga menentukan harga yang mereka nak, dan melalui kartel juga walaupun melibatkan beberapa syarikat, mereka boleh menentukan harga mengikut kehendak mereka dan ini membebankan pengguna.

"Akta ini akan mencegah mereka daripada memonopoli harga," katanya kepada pemberita selepas menemui wakil persatuan-persatuan pengguna peringkat kebangsaan dan negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata draf rang undang-undang itu telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan ke Kabinet.

"Kita jangka rang undang-undang ini akan diwartakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan," kata beliau.

Mengenai pindaan ke atas Akta Sewa Beli, Ismail Sabri berkata jika diluluskan penarik kereta tidak lagi dibenarkan merampas kereta pengguna kerana tindakan itu bukan saja tidak adil tetapi juga membebankan pengguna.

Pindaan ke atas Akta Kawalan Harga pula bertujuan memasukkan satu klausa baru berkenaan pengambilan keuntungan berlebihan.

"Pada masa ini kita hanya boleh mengawal harga dan mengambil tindakan terhadap kenaikan harga apabila barangan tersebut diwartakan sebagai barangan kawalan.

"Dengan adanya pindaan ini tak perlu kita wartakan, kita boleh terus ambil tindakan sekiranya ada elemen keuntungan berlebihan," kata beliau.

Akta Perlindungan Pengguna pula dipinda bagi menambah klausa baru berkenaan terma kontrak yang tidak adil, iaitu memberi hak kepada pengguna untuk mencabar penjanjian yang didapti berat sebelah walaupun telah ditandatangani.

Pindaan Akta Jualan Langsung membabitkan penjelasan mengenai "multi level marketing" dan skim piramid termasuk hukuman-hukuman yang terlibat, selain membolehkan tindakan ke atas syarikat yang tidak berdaftar.

Pada masa ini hanya syarikat yang berdaftar sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata beliau. Mengulas pindaan Akta Hak Cipta, Ismail berkata jika diluluskan sesiapa sahaja yang memiliki walaupun sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) haram akan dikenakan hukuman.

"Sekarang siapa memiliki tiga atau lebih tiga vcd haram boleh diambil tindakan, tapi cadangan pindaan saya mereka yang memiliki satu VCD atau DVD haram pun boleh diambil tindakan. Bukan saja pengeluar dan penjual CD, tetapi yang memiliki pun salah," katanya.

Mengenai aktiviti penyeludupan minyak di sempadan negara, Ismail berkata kementerian kini mengkaji untuk menghadkan penjualan minyak di kawasan-kawasan sekitar sempadan terutama dalam jarak lingkungan 50km.

"Sekarang kita cuma ada kuota dari segi penjualan diesel, tapi petrol tidak ada. Di mana-mana stesyen minyak pun tidak ada dihadkan kuota kecuali stesyen mini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan