Konspirasi Satu Cerita Dongeng: Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak percaya dengan dakwaan bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terlibat dalam konspirasi dalaman parti untuk melemahkan kepimpinannya di negeri itu.

Malah, beliau berkata, peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor itu yang dipimpinnya baru-baru ini juga tidak ada hubung kait dengan Azmin.

"Ini semua cerita dongeng....saya baru menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Selangor semalam dan mereka yang hadir memberikan sokongan padu memantapkan lagi perjalanan dan pentadbiran PKR di Kuala Selangor," kata Khalid.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bayaran Fasa Kedua Skim Mesra Usia Emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Taman Desa Coalfields di Sungai Buloh dekat sini.

Khalid mengulas kenyataan bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, bahawa PKR cabang Kuala Selangor dianggap "lumpuh" sekarang adalah sebahagian perancangan Azmin yang mahu menjatuhkan Khalid bagi mencerahkan peluangnya bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan