Hidupkan Ekonomi Luar Bandar Elak Belia Berhijrah - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sedang dalam usaha menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar bagi mengelakkan kadar migrasi yang tinggi di kalangan anak-anak muda ke kawasan bandar.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya akan menyediakan persekitaran yang sesuai seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada golongan itu, sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

"Proses migrasi luar bandar ke bandar ini telah mengakibatkan kawasan luar bandar didiami golongan berusia dan kurang produktif. Contohnya sebahagian besar pesawah dan penoreh getah diusahakan petani yang berusia 60 tahun ke atas, pekerja ladang sawit di Sabah pula didominasi pekerja asing.

"Untuk mengatasi masalah ini kita perlu menyediakan projek-projek yang melibatkan belia-belia, mengukuhkan kedudukan rakyat di peringkat bawah, contohnya apabila kita buat rumah, kita libatkan juga belia-belia di Pusat Giat Mara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Daerah 2010, di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Beliau berkata segala usaha untuk meningkatkan produktiviti dan asas ekonomi luar bandar itu akan berjaya menarik perhatian belia dan seterusnya mengurangkan penghijrahan golongan itu ke bandar.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Menteri (MKRA) pada bulan ini yang menumpukan peningkatan pendapatan pekebun kecil, pembangunan usahawan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

"Pelaksaan MKRA juga tidak kurang hebatnya daripada NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan menuntut setiap daripada kami untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi.

"Saya akan memastikan setiap agensi kementerian ini yang terlibat bersedia membuat perancangan dengan teliti bagi memastikan semua projek dilaksanakan mengikut jadual," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata kira-kira 360,000 buah rumah di kawasan luar bandar di negara ini akan mendapat bekalan air bersih dan terawat apabila projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah NKRA kementerian berkenaan berakhir pada 2012.

"Projek-projek NKRA kementerian yang bermula tahun ini, meliputi projek bekalan air bersih, bekalan elektrik, pembinaan jalan kampung dan desa serta bantuan rumah kepada penduduk miskin dalam usaha untuk menghapuskan miskin tegar," katanya.

Beliau berkata melalui projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), sejumlah 169,600 buah rumah akan mendapat bekalan elektrik 24 jam, manakala 250,000 penduduk yang tergolong dalam miskin tegar akan mendapat faedah daripada pembinaan rumah baru atau dibaik pulih melalui projek Program Bantuan Rumah (PBR).

"Lebih 7,300km jalan berturap atau batu kerikil pula akan dibina di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui projek Jalan Luar Bandar (JALB)," katanya.

Mohd Shafie berkata kerjasama strategik antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah adalah penting bagi mencapai kejayaan NKRA, memandangkan tempoh pelaksanaannya yang singkat dan peruntukan yang besar iaitu RM17.4 bilion.

"Kita percaya melalui pelan yang strategik yang telah dirangka dan kerjasama semua pihak, kita mampu mencapai sasaran untuk menyiapkan projek-projek ini dalam masa tiga tahun," katanya.

Seminar dua hari bermula semalam itu, dihadiri oleh 215 peserta terdiri daripada setiausaha-setiausaha kerajaan negeri, pegawai-pegawai daerah dan residen serta pegawai-pegawai kementerian dan agensi di bawahnya bagi memperincikan keperluan pelaksanaan NKRA. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan