Gegaran Kecil Di Batu Niah, Suai - Berita Semasa | mStar

Gegaran Kecil Di Batu Niah, Suai

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26 km dari Batu Niah, 90 km barat daya Miri dan 99 km di timur laut Bintulu.

Menurut kenyataan itu lagi sebelum ini gegaran lemah berskala 3.3 Richter pernah berlaku di kawasan itu pada 12.13 tengah hari 23 Dis tahun lepas. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan