Viva Palestina Jalan Kaki Boikot Israel

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 100 anggota Viva Palestina Malaysia (VPM) termasuk orang ramai, hari ini menyertai aktiviti jalan-jalan santai dalam usaha menyokong tuntutan kemerdekaan dan keadilan di Palestin.

Pengerusi VMP, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, aktiviti yang dijalankan di Jalan Changkat Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail di sini sepanjang kira-kira lima kilometer dengan semua peserta memakai kemeja-t putih bertulis 'Boikot Israel' juga sebagai kempen memboikot empat jenama syarikat antarabangsa yang menyokong kuat kegiatan rejim Zionis itu.

"Syarikat itu perlu diberi tekanan kerana boikot yang berterusan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia setidak-tidaknya akan memberi kesan terhadap syarikat berkenaan dan seterusnya akan menarik balik sokongan mereka terhadap Israel," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, aktiviti itu merupakan aktiviti ketiga dalam siri program 'Boikot Israel' kelolaan VPM.

"Program ini julung kali diadakan pada Ogos tahun lepas di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), diikuti dengan Hari Keluarga dan Penyokong di Sunway Pyramid November lepas.

"Tahun ini pula kita akan menjemput pengasas dan penganjur Viva Palestina, George Galloway ke Malaysia untuk memberitahu dengan lebih lanjut keadaan sebenar di Palestin," katanya.

VPM yang dahulunya dikenali sebagai Kesatuan NGO Malaysia Menentang Penjajahan di Palestin ditubuhkan awal tahun lepas dengan menghimpunkan lebih 50 buah persatuan badan bukan kerajaan daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan