Umno Kelantan Tidak Ambil Kesempatan Kemelut PAS

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Umno Kelantan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelbagai kemelut yang sedang dihadapi pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menilai sendiri kesan buruk baiknya kepada mereka pada masa akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, isu pelantikan menantu menteri besar dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK), Bazar Tok Guru dan cah keting meletakkan pentadbiran kerajaan negeri semakin bercelaru.

"Kita tidak mahu dituduh yang bukan-bukan malah sekarang ini pun telah ada tomahan kononnya ia berpunca daripada angkara Umno walaupun kita tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa Umno Kelantan tidak mahu mengambil kesempatan terhadap isu-isu itu yang dianggap oleh sesetengah pihak satu peluang terbaik untuk melemahkan PAS bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Malah kata sesetengah pihak, Umno sengaja memberi peluang kepada PAS menyerangnya dengan isu royalti minyak dengan merentang kain pemidang dan majlis ceramah di setiap jajahan di Kelantan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, isu bayaran pampasan sebanyak RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti mana yang diputuskan mahkamah menyebabkan kedudukan kerajaan negeri semakin tertekan dan kehilangan punca.

Katanya, rakyat kini mula mempersoalkan kewibawaan pimpinan PAS yang selama ini mendakwa mereka lebih cekap pentadbir, telus dan tanpa kroni.

"Apa yang dibuat oleh Umno sekarang dan akan datang akan terus berusaha mengubah keadaan itu agar Kelantan mencapai kemajuan yang seimbang sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat negeri lain," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Beliau berkata, bagi merealisasikan hakikat itu rakyat Kelantan tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan