Tuanku Mizan Berangkat Ke Jerman Jalani Rawatan Fisioterapi

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berangkat ke Munich, Jerman malam esok bagi menjalani rawatan lanjut fisioterapi di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee.

Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, rawatan lanjutan itu akan dikawal selia oleh sekumpulan pakar perubatan di pusat perubatan itu yang diketuai Prof Andreas B.Imhoff.

Seri Paduka dijangka menjalani pemulihan selama 21 hari di pusat perubatan berkenaan, kata kenyataan itu.

Keberangkatan Tuanku Mizan itu turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda, selain disertai seorang pakar perubatan Hospital Putrajaya, dua pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan, tambah kenyataan itu.

Seri Paduka juga berharap seluruh rakyat akan sentiasa mendoakan semoga rawatan itu berjalan lancar supaya baginda akan segera pulih untuk menjalankan tugas seperti biasa.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang tempoh keberangkatan Tuanku Mizan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah akan menjalankan tugas-tugas rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Pada 30 November lepas, Tuanku Mizan telah menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan