Tambahan Perkhidmatan Komuter Untuk Thaipusam

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter bagi laluan antara Sentul, Kuala Lumpur dan Batu Caves, Selangor yang diharapkan dapat beroperasi sempena sambutan Thaipusam, akan hanya bermula pada April.

Pemangku Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Hidir Yusoff berkata komuter itu tidak dapat beroperasi pada Thaipusam ini disebabkan kerja-kerja akhir laluan bagi pengangkutan itu masih dijalankan.

Untuk sambutan Thaipusam di Batu Caves Sabtu ini, KTMB menyediakan 208 perkhidmatan tren khas dan 72 perkhidmatan KTM Komuter tambahan sepanjang tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini, katanya kepada Bernama.

Perkhidmatan tren khas itu disediakan untuk laluan dua hala antara Batu Caves dan Sentul dengan kekerapan 30 minit.

KTMB menyediakan lebih banyak perkhidmatan tren pada tahun ini berbanding tahun lepas yang hanya menyediakan 98 perkhidmatan kerana menjangkakan lebih ramai pengunjung sempena musim perayaan pada hari minggu itu dan disusuli dengan cuti umum pada hari Isnin," kata beliau.

Perkhidmatan tren tambahan ini juga bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

KTMB juga menyediakan 72 perkhidmatan KTM Komuter tambahan selama 24 jam bagi laluan Rawang-Sentral KL-Rawang dan Seremban-Sentul-Seremban serta Pelabuhan Klang-Sentul-Pelabuhan Klang, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

"Kebiasaanya perkhidmatan komuter akan tamat pada 12 malam pada hari biasa, tetapi sempena Thaipusam kali ini perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga 6 pagi pada Jumaat dan Sabtu ini," katanya.

Lebih 1.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka membanjiri Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves bagi sambutan Thaipusam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan