RM2.97 Juta Diperuntukkan Bina Dua Sekolah Di Bera

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM2.97 juta bagi membina dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah itu tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang juga Ahli Parlimen kawasan itu berkata, sebanyak RM1.5 juta diluluskan bagi pembinaan SJKT Kemayan manakala RM1.47 juta lagi untuk membina SJKT Ladang Menteri.

"Tender bagi pembinaan dua sekolah ini akan dikeluarkan tidak lama lagi manakala kerja-kerja pembersihan tapak sekolah Ladang Menteri sedang bermula," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Ponggal anjuran Badan Budaya Masyarakat India Bera di Kuil Subramanian, Kemayan, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan itu jelas menunjukkan tidak ada unsur pilih kasih dalam pelaksanaan pembangunan untuk rakyat yang dilakukan tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Oleh itu katanya, rakyat jangan mudah terperangkap dengan dakyah atau tohmahan pembangkang yang cuba menimbulkan kekeliruan.

"Pembangkang menimbulkan pelbagai isu semata-mata untuk mengelirukan rakyat, malah isu pembinaan dua sekolah ini dipolitikkan.

"Mereka mendakwa kononnya kerajaan tidak akan membina sekolah itu di Bera kerana majoriti kaum India kecil dan memadai dengan sekolah yang ada," katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menafikan hak rakyat di negara ini malah setiap rakyat dan bangsa atau etnik berhak mendapat kemudahan dan pembelaan.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat terus memupuk perhubungan erat antara satu sama lain selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan