Pendekatan Najib Tingkat Keanggotaan Pemuda: Khairy

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi faktor utama pertambahan anggota Pemuda Umno kepada 703,126 orang sehingga akhir tahun lepas, kata Ketua pergerakan itu Khairy Jamaludin hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh antara Mac hingga Disember lepas, pergerakan itu berjaya mendaftarkan 25,019 anggota baru.

"Apabila ditanya kepada ketua-ketua pemuda negeri dan bahagian, apakah sebab begitu ramai pemuda yang menyertai kita, jawapan yang saya dapat ialah generasi muda senang dengan pendekatan dan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat mesra kepada orang muda," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Pemuda Prihatin anjuran Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, di sini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemantauan dan kaji selidik juga mendapati pendekatan Perdana Menteri yang mengutamakan rakyat mengubah persepsi golongan muda bahawa pemimpin Umno sombong dan sukar didekati.

Beliau berkata, pergerakan itu akan mendaftarkan kesemua anggota baru yang layak sebagai pemilih.

Mengenai Program Pemuda Prihatin, Khairy berkata, tujuannya ialah untuk mendekati rakyat berbilang bangsa selain menghulur bantuan yang diperlukan mereka.

Pada program hari ini, Pemuda Umno mengunjungi beberapa buah rumah golongan yang memerlukan termasuk bersetuju membantu mengecat dan membuat pendawaian semula rumah sebuah keluarga keturunan India yang terbakar baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan