Murugiah Yakin Keputusan Berpihak Padanya - Berita Semasa | mStar

Murugiah Yakin Keputusan Berpihak Padanya

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Tertinggi PPP, Senator Datuk T.Murugiah, hari ini melahirkan rasa keyakinan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 1 Mac depan akan berpihak kepadanya berhubung pelantikan Presiden PPP yang sah.

"Saya yakin 99.9 peratus keputusan akan berpihak kepada saya, ia dilihat dari segi bagaimana saya dipecat dan melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan oleh penyokong-penyokong saya. Saya menunggu keputusan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan dan Logistik dalam bahasa Tamil di Open University Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menerima rayuan Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE) untuk membincangkan semula kes pemecatan Murugiah yang difailkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, persoalan mengenai sama ada Murugiah atau Datuk M.Kayveas yang layak memegang jawatan presiden parti itu akan diputuskan Mahkamah Tinggi pada 1 Mac nanti.

Murugiah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa mempunyai sokongan daripada ahli parti itu.

"Sehingga kini saya ada lebih 200,000 ahli yang menyokong saya manakala bagi Kayveas pula, beliau tidak mempunyai 'askar' yang mampu mempertahankannya," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan