Kementerian Kesihatan Isytihar Kempen Hapus Denggi Habis-Habisan

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kementerian Kesihatan mengisytiharkan kempen habis-habisan menghapus denggi selepas mencatat 11 kematian dan 2,713 kes tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah kematian akibat demam denggi meningkat minggu ini khususnya di Selangor.

"Demam denggi dalam negara meningkat dan jumlah ini merupakan petunjuk yang harus mengejutkan setiap orang bertindak oleh kerana dari 17 Januari hingga 21 Januari, kita mencatatkan 776 kes denggi dengan enam kematian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Teknologi kesegaran sauna, "Freshural Korean Sauna Technology" di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan jumlah kes denggi berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama iaitu 4,213 kes tetapi jumlah kematian bagi kedua-dua tahun adalah sama iaitu 11.

Katanya, pada 2009 jumlah kes yang direkodkan ialah 4,100 dengan 88 kematian sementara pada tahun sebelumnya 4,900 kes dengan 112 kematian.

Bagaimanapun, Liow berkata Pulau Pinang belum mencatat sebarang kematian akibat demam denggi tetapi jumlah kes penyakit itu telah mencecah 85 tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan