Kedah, Johor Tidak Cadang Haram Merokok

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak bercadang untuk mengikut jejak langkah Pahang dalam mengharamkan merokok di negeri itu.

Bagaimanapun Mufti Negeri Datuk Badarudin Ahmad berkata, fatwa larangan merokok memang sudah ada namun ia masih belum diwartakan lagi sehingga kini.

“Memang jelas kita telah bersetuju untuk haramkan rokok di negeri ini dan fatwanya juga memang kita ada sejak tahun 1996.

“Cuma Majlis Fatwa Negeri masih belum mengazetkan fatwa ini lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengharamkan merokok di negeri itu.

Mengulas lanjut berkata, Badarudin berkata, Kedah antara negeri terawal mengeluarkan fatwa mengenai rokok.

Ditanya bila fatwa tersebut akan digazetkan, beliau berkata: “Kita belum ada cadangan lagi setakat ini.”

“Sesuatu fatwa itu perlu dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Fatwa Negeri terlebih dahulu sebelum ia digazetkan,” ujarnya.

Sementara itu, Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin turut mengesahkan bahawa negeri itu masih belum menguatkuasakan fatwa berkenaan.

“Dalam masa terdekat ini, Majlis Fatwa Negeri belum bercadang untuk menguatkuasakan fatwa larangan merokok ini lagi,” katanya.

Pada Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya haram menurut pandangan Islam.

Namun penguatkuasaan fatwa tersebut terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan