Banjir Di Kinabatangan Beransur Pulih

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paris dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paris yang ditutup sejak minggu lepas akibat banjir dibenarkan dibuka semula selepas keadaan banjir di daerah ini beransur pulih hari ini.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir Kinabatangan, Arisin Arifin berkata, dua lagi sekolah yang terjejas akibat banjir iaitu iaitu SK Desa Permai dan SK Batu Putih masih ditutup atas faktor keselamatan.

"Bagi SK Bukit Garam, hanya pelajar Tahun Enam dibenar meneruskan persekolahan kerana sebahagian daripada kelas masih digunakan bagi menempatkan mangsa banjir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai keadaan mangsa banjir keseluruhan, Arisin berkata, masih terdapat 401 mangsa daripada 75 keluarga di tujuh pusat pemindahan banjir di daerah itu.

Seramai 96 orang membabitkan 25 keluarga dari Kampung Desa Permai telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, katanya.

Mangsa banjir di lima buah kampung iaitu Kampung Tulang-Tulang, Kampung Kuamut, Kampung Tangkuyan, Kampung Tangkong dan Kampung Balat yang sebelum ini menumpang di rumah saudara mereka juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Paras Sungai Kinabatangan juga menurun dan sehingga jam 5 petang ini berada pada 11.48 meter berbanding 11.62 meter semalam, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan