1,000 Anggota Polis Ditempatkan di Batu Caves Sempena Thaipusam

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 1,000 anggota polis akan ditempatkan di sekitar kuil Sri Subramaniyar Batu Caves bagi mengawal keselamatan pengunjung dan lalulintas sempena sambutan perayaan Thaipusam mulai Khamis ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, pasukan polis akan ditempatkan bagi memastikan sambutan perayaan itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Kita telah adakan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa kuil Batu Caves bersama-sama dengan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah.

“Daripada taklimat yang diterima daripada Abdul Rahim, persediaan yang rapi telah di buat daripada aspek keselamatan.

“Kita akan menempatkan lebih kurang 1,000 anggota polis dan mereka akan bertugas selama lima hari bermula daripada 28 hingga 31 Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-6 Kelab Harmoni Selangor di Kelab Warga Emas di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan penganut agama Hindu supaya menonjolkan adab dan budaya yang baik ketika menghadiri majlis itu nanti.

“Saya minta pengunjung yang hadir supaya betul-betul menonjolkan budaya dan kebaktian mereka. Jangan berkelakukan tidak senonoh kerana ia merupakan tempat ibadat,” ujarnya.

Beliau yang juga pengerusi bagi majlis sambutan itu Thaipusam berkata, setiap tahun pihak polis akan menempatkan anggota yang ramai bagi menjamin keselamatan pengunjung yang hadir.

“Kita memang tempatkan ramai pegawai kita di sana. Ia merupakan keperluan bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucapan pada sambutan Thaipusam tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan