Semua Program Matang Perlu Dapat Tauliah MQA

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan semua program matang di institusi pengajian tinggi mendapat tauliah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi membolehkan institusi berkenaan memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing.

Timbalan Menteri berkenaan Dr Hou Kok Chung berkata pada tahun lepas, sebanyak 1,861 program yang dikendalikan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, diiktiraf sebagai matang.

"Saya dengan sukacita mengumumkan bahawa 98 peratus atau 1,815 telah diberi tauliah menjelang akhir tahun," katanya dalam ucapan pelancaran Festival Pengajian Tinggi MQA - Persatuan Kolej & Universiti Swasta (MAPCU) 2010 di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA Prof Zita Mohd Fahmi.

Setakat ini, jumlah program yang menerima tauliah dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) ialah 3,784, dengan 1,148 daripadanya yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam dan 2,636 oleh institusi pengajian tinggi swasta.

Prof Zita berkata program matang adalah program yang diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi dan mencapai tahap layak memohon mendapatkan tauliah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan