Rakyat Johor Dibenar Ziarah Jenazah Sultan Mulai Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di sini boleh diziarahi segenap lapisan rakyat Johor mulai pagi ini.

Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.

Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.

Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.

Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan