Orang Ramai Mula Ziarah Jenazah Sultan Johor

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat dan kaum mulai membanjiri perkarangan Istana Besar di sini untuk menziarahi jenazah Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat semalam.

Rakyat yang berpakaian rasmi dilihat mulai membanjiri perkarangan Istana Besar seawal pukul 9 pagi, sebelum dibenarkan memasuki Dewan Besar istana berkenaan yang menempatkan jenazah almarhum 50 minit kemudian.

Kelihatan di dewan besar itu adalah Pemangku Raja Tunku Ibrahim Ismail dan kerabat-kerabat diraja yang lain, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan juga pembesar-pembesar negeri yang lain.

Orang ramai yang berpakaian rasmi dibenarkan membuat satu pusingan mengelilingi keranda yang menempatkan jenazah yang dilitupi bendera Sultan Johor sambil membacakan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tempoh ziarah jenazah Almarhum bagi orang ramai ditetapkan mulai 10 pagi sehingga 11 pagi, manakala tempoh untuk orang-orang kenamaan pula ditetapkan mulai 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan