Kerajaan Umum Harga 11 Barang Kawalan Sempena Tahun Baru Cina - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Umum Harga 11 Barang Kawalan Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan penetapan harga bagi 11 barang kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada 3 Feb ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai kali ini juga merangkumi daging babi selain barangan lain yang popular semasa perayaan itu seperti telur, ayam dan ikan bawal putih.

"Tempoh kawalan harga juga akan dilanjutkan daripada kelaziman 10 hari kepada 12 hari kali ini, kerana pada hari kesembilan selepas Tahun Baru Cina adalah perayaan Thni Koh Seng yang lagi besar sambutannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan untuk kedua-dua perayaan itu mencukupi. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan