Kerajaan Sokong Cadangan Penubuhan Yayasan Bantuan Guaman

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG RENGAS: Kerajaan pada dasarnya menyokong cadangan Majlis Peguam untuk menubuhkan Yayasan Bantuan Guaman bagi mengendalikan bilangan orang tertuduh yang semakin meningkat, yang tidak mampu memperoleh khidmat peguam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata yayasan itu, satu skim bantuan guaman yang dibiayai kerajaan, kini masih lagi pada peringkat perbincangan.

"Saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk berbincang lebih lanjut dengan Majlis Peguam dan menasihatkan saya mengenai ini," katanya kepada pemberita sebelum majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju agar yayasan itu ditubuhkan setelah dimaklumkan bahawa 80 peratus daripada tertuduh dalam kes jenayah kecil seperti kecurian dan serangan diwakili peguam ketika menghadapi pertuduhan di mahkamah.

"Saya merasakan tidak ada sesiapa pun tertinggal tidak diwakili apabila pertuduhan kesalahan jenayah dikenakan terhadapnya," tambahnya.

Menurutnya Perdana Menteri juga telah dimaklumkan bahawa Biro Bantuan Guaman (BBG) tidak boleh mewakili orang tertuduh kerana pendakwaan sering dinamakan atas nama kerajaan.

"Jadi macam mana, ada pegawai kerajaan lain mewakili tertuduh, tidak boleh. Jadi sebab itu kita bersetuju dalam Yayasan Bantuan Guaman ada peguam mewakili tertuduh," katanya.

Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata Majlis Peguam telah memohon peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan bagi menjayakan penubuhan Yayasan Bantuan Guaman tersebut.

"Ini sesuatu yang kita perlu bincang dengan mereka, mungkin satu cara ialah satu sama satu...berapa banyak Yayasan Bantuan Guaman boleh pungut daripada peguam, kerajaan akan beri jumlah yang sama. Itu lebih munasabah," tambahnya.

Sementara itu Mohamed Nazri berkata BBG secara rasminya telah bertukar nama ke Jabatan Bantuan Guaman mulai 16 Jan lepas bagi menghakis persepsi rakyat bahawa ia hanya sebuah unit kecil sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah jabatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan