9 Ditahan Protes Pilihan Raya Kampus - Berita Semasa | mStar

9 Ditahan Protes Pilihan Raya Kampus

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sembilan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan semasa berhimpun secara haram di depan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini kerana membantah proses pilihan raya kampus yang didakwa tidak adil termasuk undian secara elektronik (e-voting).

Difahamkan mereka antara 200 mahasiswa yang menyertai bantahan tersebut bermula di sekitar Dataran Merdeka kira-kuira pukul 11 pagi sebelum berarak sepanjang Jalan Raja Laut ke kompleks membeli-belah terbabit yang terletak kira-kira 500 meter.

Mereka yang ditahan termasuk empat pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), masing-masing dua dari Universiti Malaya (UM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta seorang pelajar perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumber Kementerian Pengajian Tinggi mengesahkan mereka merupakan pelajar dari beberapa IPTA di sekitar Lembah Kelang.

"Kumpulan itu juga dipercayai yang sama berhimpun di bangunan kementerian di Putrajaya pada 15 Januari lalu sebelum menyerahkan memorandum berkaitan isu yang sama," kata sumber itu lagi kepada mStar Online di sini hari ini.

Mereka yang ditahan ialah Hilman Idham (Fakulti Sejarah, UKM), Mohd. Aizat Mohd. Salleh (Akademi Pengajian Islam (API) UM), Mohammad Za'im Mustapha (Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM), Ahmad Shukri Kamarudin (FPI KUIS), Ahmad Syukri Che Razab (Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam KUIS), Mohd. Idris Mohd. Yusoff (APIUM), Mohd. Pikhri Harun (FPIUKM), Syahriul Ismail (FPIUKM) dan Mohd. Ridhuan Muhammad Jamil (Fakulti Perubatan, USM).

Antara kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) and Pro-Mahasiswa.

Menurut sumber itu lagi, kumpulan pelajar berkenaan diarah bersurai sebaik tiba di Sogo dan polis terpaksa bertindak menahan mereka kerana enggan bersurai walaupun telah diarahkan berbuat demikian.

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan