SUPP Mahu Dana Yang Cukup Untuk Sekolah Bantuan Kerajaan, Persendirian

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mahu kerajaan persekutuan memberikan dana yang mencukupi bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk sekolah bantuan kerajaan dan persendirian di negeri ini.

Presidennya Tan Sri Dr George Chan berkata permohonan itu dibuat dalam petisyen oleh pelbagai lembaga sekolah kepada parti itu kerana pendidikan adalah di bawah kerajaan pusat dan sekolah-sekolah itu mengikut dasar pendidikan kebangsaan.

"Terdapat lebih 200 sekolah Cina bantuan kerajaan dan lebih 160 sekolah mubaligh bantuan kerajaan yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa tetapi kebanyakan bangunan sekolah terbabit memerlukan pembaikan segera, dinaiktaraf, dibesarkan atau ditempatkan semula berikutan peningkatan pelajar," katanya pada majlis makan malam di sini malam tadi yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatannya ke Sarawak.

Chan yang juga timbalan ketua menteri, berkata terdapat kira-kira 50 peratus pelajar bumiputera di sekolah Cina di kawasan bandar, manakala peratusan di sekolah mubaligh di luar bandar adalah lebih tinggi iaitu antara 70 peratus dan 90 peratus.

"Rakyat gembira kerajaan pusat memperuntukkan RM50 juta untuk setiap sekolah Cina dan mubaligh bantuan kerajaan serta sekolah Tamil," katanya.

Beliau berkata Sarawak menerima geran sebanyak RM9,037,000 untuk sekolah Cina bantuan kerajaan dan RM19,733,925 bagi sekolah mubaligh bantuan kerajaan pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan