SPRM Sambut Baik Program 'Whistle Blowing'

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambut baik perlaksanaan Polisi Pemberian Maklumat atau "Whistle Blowing Programme" yang dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), semalam.

Dalam mengalu-alukan perlaksanaan polisi itu SPRM dalam satu kenyataan berkata ia merupakan salah satu cara bagi membolehkan pemberi maklumat dalaman menyampaikan aduan salah laku, penipuan dan penyelewengan terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah.

Menurutnya SPRM berharap sebarang perlakuan jenayah rasuah yang dilakukan secara dalaman hendaklah dirujuk kepada suruhanjaya itu agar satu tindakan undang-undang dapat diambil.

"Ia bersesuaian dengan kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan sebagaimana peruntukan seksyen 25 (1) dan 25(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," menurut kenyataan dari ibu pejabat SPRM itu di sini.

Suruhanjaya itu turut mengalu-alukan saranan Ong untuk melaksanakan polisi yang sama di agensi dan sektor lain di bawah kementerian Pengangkutan pada masa akan datang.

LPK, pentadbir pelabuhan, merupakan agensi pertama mewujudkan "Whistle Blowing" yang bertujuan meningkatkan tadbir urus selepas penemuan kelemahan pengurusan dan pentadbiran lembaga itu berikutan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Polisi yang dilancarkan Ong semalam itu membolehkan pemberi maklumat daripada kalangan kakitangan LPK dan PKFZ atau individu yang mempunyai maklumat salah laku, penipuan atau penyelewengan membabitkan urusan LPK dan PKFZ melaporkan kepada jawatan kuasa "Whistle Blowing". - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan