RM2.1 Bilion Untuk Infrastruktur Sabah, Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membelanjakan sekitar RM2.1 bilion bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) infrastruktur tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan itu termasuk membiayai pelaksanaan projek tahun lepas iaitu projek jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira RM928 juta akan dibelanjakan di Sabah manakala RM1.2 juta untuk pembangunan luar bandar Sarawak.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperhebat pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang selaras dengan wawasan Perdana Menteri yang mahu melihat kedua-dua negeri ini maju ke hadapan," katanya.

Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengeluar dan pembekal Sabah dan Sarawak bagi projek NKRA infrastruktur asas luar bandar, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi projek NKRA jalan luar bandar, Sabah diberi peruntukan sekitar RM134.9 juta bagi melaksanakan 40 projek sambungan dari tahun lepas dan RM56.8 juta untuk 36 projek baru manakala Sarawak memperoleh peruntukan RM146 juta untuk melaksanakan 14 projek sambungan dan RM352.3 juta untuk 62 projek baru jalan luar bandar.

Projek NKRA bekalan elektrik luar bandar pula menyaksikan Sabah melaksanakan 353 projek sambungan dengan kos sekitar RM332 juta dan sembilan projek baru yang menelan belanja RM81 juta manakala Sarawak menyiapkan 281 projek sambungan yang berharga RM236 juta dan melaksanakan 10 projek baru dengan kos RM56 juta, katanya.

Mohd Shafie berkata Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM183 juta dan RM211 juta bagi melaksanakan projek bekalan air luar bandar termasuk projek sambungan.

"Bagi Program Bantuan Rumah (PBR), tahun ini sahaja, Sabah diperuntukkan RM114 juta bagi membina 2,853 unit rumah baru dan RM25 juta untuk membaik pulih 2,135 unit rumah. Bagi Sarawak pula, kita menyediakan peruntukan RM133 juta untuk menyediakan 3,328 unit rumah baru dan RM29 juta bagi membaik pulih 2,491 unit rumah.

"Sasaran kita ialah menyediakan sekitar 50,000 unit rumah PBR di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan