Masyarakat Chennai Sifatkan Najib "Hero Baru" Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHENNAI: Ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah tarikan yang menawan hati Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan lawatan dua hari ke Chennai bermula hari ini di mana beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang melakukan lawatan rasmi ke ibu kota Tamil Nadu ini.

Masyarakat India di sini berasa terharu dengan kehadiran Perdana Menteri itu kerana rata-rata, mereka menyifatkan lawatannya cukup simbolik sementelahan Malaysia dan Chennai mempunyai hubungan pertalian persaudaraan akrab sejak dulu lagi.

Chennai juga menanti-nantikan pertemuan cukup bermakna dan bersejarah antara Najib dengan Ketua Menteri Tamil Nadu Kalaignar M. Karunanidhi.

Apa yang mengharukan adalah ramai penduduk dan pemimpin politik di sini mula menyifatkan Najib sebagai "hero baru" dari Malaysia. Ramai yang tidak sabar mahu melihat wajah-wajah menarik yang penuh bersejarah antara Najib dan Karunanidhi esok.

Najib dan Karunanidhi dijangka membincangkan beberapa isu termasuk pekerja asing, permit kerja, masalah visa dan perkembangan politik semasa.

Ahli-ahli perniagaan dari India dan Malaysia sudah mula berkampung di sini sejak dua hari lepas.

Hotel-hotel di sekitar kota ini juga habis ditempah sehingga hujung minggu ini kerana ramai yang datang dari Malaysia termasuk juga dari Singapura ingin menyaksikan pertemuan yang cukup bersejarah itu.

Chennai, yang dulu dikenali sebagai Madras, merupakan bandar raya keempat terbesar di India.

Ahli perniagaan menyifatkan lawatan Perdana Menteri Malaysia itu sebagai langkah yang akan membuka banyak peluang baru dalam hubungan dua hala antara Chennai dan Malaysia.

Ada pula yang mencadangkan supaya "Permuafakatan Chennai dan Malaysia" ini diadakan setiap tahun selepas ini.

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay yang turut berada di Chennai menceritakan detik-detik menarik mengenai bagaimana Najib membuat keputusan untuk melakukan lawatan rasmi dua hari ke Chennai.

"Pada awalnya lawatan ini hanya dirancang untuk antara tiga ataupun empat jam sahaja tetapi saya sempat menerangkan kepada Perdana Menteri mengenai keutamaan yang perlu diberikan kepada Chennai kerana hubungan Malaysia dan Chennai mempunyai ikatan sejarah yang cukup istimewa.

"Bukan sahaja daripada segi ikatan persaudaraan dan kekeluargaan tetapi ikatan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Beliau menunjukkan minat yang mendalam untuk melawat Chennai selepas itu. Akhirnya lawatan tiga jam bertukar kepada lawatan dua hari setelah banyak program dirancang di sini, termasuk perjumpaan dengan para pelajar Malaysia di Chennai," kata Kohilan.

Kohilan yakin lawatan ini bakal membuka satu lembaran baru dalam memperkasakan lagi hubungan perdagangan serta perniagaan antara Chennai dan Malaysia khususnya dalam sektor pembangunan, bioteknologi, pendidikan, teknologi komunikasi maklumat dan perfileman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan