Jangan Takut Dedah Kebenaran Serangan 11 September 2001 di AS - Dr. M

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan buku bertajuk Civilizations, Nomadic Migrations, Empires and The Trail of Islam
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan buku bertajuk Civilizations, Nomadic Migrations, Empires and The Trail of Islam" pada majlis pelancaran buku itu di Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini. Turut serta Pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri) dan penulis buku itu Syed Salem Albukhary (tengah). -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad hairan terdapat segelintir di kalangan masyarakat dunia yang takut untuk menyatakan pandangan mereka mengenai berkaitan isu serangan pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS).

Bekas Perdana Menteri berkata, masyarakat dunia sepatutnya tidak perlu takut untuk meluahkan perasaan dan pendapat mengenai kejadian yang masih menjadi tanda tanya kesahihannya.

"Ini bukan hanya pandangan peribadi saya, tetapi pandang semua orang," katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku bertajuk Civilizations, Nomadic, Migrations, Empires and the Trail of Islam di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tulisannya melalui blog Che Det bertajuk September 11,2001. Artikel tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat penulis-penulis blog.

Dalam artikel tersebut beliau menyatakan, serangan sembilan tahun lalu itu yang mengorbankan lebih 3,000 rakyat negara itu telah dirancang dengan rapi untuk menyalahkan orang Islam.

Dalam pada itu, menurut Dr. Mahathir, masyarakat di AS sendiri turut mempersoalkan tragedi itu dan meragui bangunan Pusat Perdagangan Dunia terbabit musnah akibat rempuhan kapal terbang atau ada perkara lain yang menyebabkan runtuhan itu.

"Saya telah melihat sendiri video yang dihasilkan oleh orang Amerika yang tidak percaya mengenai punca sebenar kejadian itu.

"Apa yang saya lihat melalui video berdurasi selama tiga jam itu amat menakjubkan," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu turut mencadangkan supaya video itu disiarkan kepada umum untuk memberi gambaran keadaan sebenar pada hari kejadiaan.

Menurutnya lagi, kejadian itu telah dirancang dengan teliti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan beliau positif kejadian itu tidak melibatkan orang Arab.

"Saya tidak percaya mereka yang melakukannya. Untuk orang Arab merancang kejadian tersebut menggunakan empat kapal terbang dan memusnahkan bangunan berkembar itu dalam masa satu hari adalah mengarut.

"Mereka hanya tahu melekatkan diri mereka dengan bom dan meletupkannya. Mereka bukan perancang yang baik," katanya lagi.

Beliau turut mengulas mengenai tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan beliau sengaja mensensasikan kejadian itu setelah hampir sepuluh tahun ia berlaku dan menganggap beliau tidak menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling terutamanya di kalangan penulis blog yang akan membuat spekulasi dan komentar secara melulu dan mengikut emosi.

"Saya tidak berniat langsung untuk mencetuskan apa-apa ketegangan. Saya hanya meluahkan pendapat.

"Jika perkara itu salah, saya akan katakan salah, walaupun orang itu kawan saya," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan