Denda Maksimum RM500,000 Terhadap Bas Ekspress Terlibat Kemalangan Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Denda maksimum sehingga RM500,000 boleh dikenakan terhadap pengusaha syarikat dan pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, perkara itu adalah antara pindaan yang akan dilaksanakan terhadap Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) 1987.

"Apa yang kita mahu ialah denda maksimum mungkin sehingga RM500,000 dengan melihat betapa seriusnya kemalangan yang berlaku,” katanya pada majlis Perhimpunan Bulanan LPKP dan Amanat Tahun 2010 di sini semalam.

Menurut Mohamed Nazri, perkara tersebut sudah pun dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diteliti.

"Denda yang tinggi itu merupakan satu bentuk hukuman untuk memberi kesedaran dan amaran kepada pengusaha bas ekspres yang lain.

"Berdasarkan peruntukan Akta LPKP 1987, denda maksimum yang boleh dikenakan kepada pemandu dan pengusaha bas ekspres adalah RM300 sahaja dan ia sudah tidak relevan pada masa ini,” katanya.

Oleh itu, Mohamed Nazri berkata, sudah tiba masanya peraturan dan peruntukan yang sudah lapuk dipinda bagi memastikan peranan LPKP sentiasa relevan dengan tuntutan semasa.

"Berdasarkan kemalangan yang melibatkan nyawa penumpang baru-baru ini, ada pihak yang menyatakan pihak kita tidak mengenakan hukuman yang drastik terhadap pengusaha syarikat bas ekpress ini.

"Hakikatnya bukan kita tidak mahu mengenakan hukuman yang drastik tapi peruntukan sedia ada tidak membenarkan kita berbuat demikian," ujarnya.

Katanya, pindaan terhadap akta itu juga tidak akan melibatkan penggantungan lesen pengusaha syarikat pengangkutan awam seperti sekarang.

Ini kerana pihak kerajaan mendapati langkah tersebut meninggalkan kesan negatif dalam pelbagai aspek.

"Usaha seperti menggantung lesen penguasaha syarikat bas ekspress selama enam bulan sebelum ini banyak memberi kesan negatif.

"Antaranya ialah masalah dari segi gaji pekerja, perkhidmatan bas itu sendiri akan terjejas dan hutang pinjaman yang tertunggak turut menjejaskan pihak bank,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, semua pengangkutan awam akan diwajibkan mematuhi Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) bagi memastikan mutu perkhidmatan dan keselamatan sentiasa ditingkatkan.

"Sistem ini akan menjadi teras utama penyeliaan rasmi LPKP selepas pemeriksaan keselamatan kenderaan di bawah seliaan PUSPAKOM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya mahu kod amalan ini digunapakai secara jitu oleh LPKP supaya tahun 2010 menjadi tahun bebas daripada apa jua isu keselamatan dan kecelakaan jalan raya," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Nazri yang juga menteri bertanggugjawab terhadap undang-undang berkata, Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat (SPAD) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tahun lalu, dijangka akan mula beroperasi pada 1 Jun tahun ini.

"Selaras dengan penubuhan SPAD, LPKP akan diserapkan ke dalam suruhanjaya itu.

"SPAD dijangka akan mula beroperasi pada 1 Jun ini. Apabila diwujudkan, LPKP Semenanjung akan dibubar," katanya.

Tambahnya, apabila semua pengangkutan awam darat disatukan di bawah SPAD ia akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mohamed Nazri berkata, langkah itu kini diperingkat draf undang-undang dan ia dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebagai memorandum pada bulan depan.

Najib telah mengumumkan penubuhan SPAD pada pembentangan Bajet 2010 tahun lalu.

SPAD ditubuhkan bagi memastikan pengangkutan awam menjadi lebih efisien dan mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas.

Suruhanjaya itu akan bertindak sebagai pihak berkuasa tunggal yang mengawasi dan menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam di kawasan bandar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan