Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Selepas Empat Bulan Koma

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Sedek Ali, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 Sept tahun lepas, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Allahyarham berusia 60 tahun.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata Allahyarham, yang cedera parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disolatkan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Mesra Tambahan Kajang, Selangor.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kajang selepas solat Jumaat.

Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala setelah kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Jan 2004 dan bersara kira-kira setahun kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan