30 Pusat, Perpustakaan Jalur Lebar Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mewujudkan 30 lagi Pusat Jalur Lebar dan Perpustakaan Jalur Lebar di Sabah bagi mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli berkata pada masa ini, terdapat enam pusat jalur lebar dan sebuah perpustakaan jalur lebar di negeri ini, selaras dengan matlamat Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Katanya penambahan 16 pusat dan 14 perpustakaan jalur lebar itu ditumpukan di kawasan luar bandar supaya masyarakat terutama golongan muda didedahkan dengan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

"Usaha ini boleh membantu matlamat penduduk tempatan untuk meneroka bidang kemajuan, menjana sumber ekonomi, kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan yang mampu menjana rangkaian pendidikan dalam melahirkan generasi digital," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Penerangan Peluang Internet Jalur Lebar di sini hari ini, Khalid berkata usaha mewujudkan pusat dan perpustakaan jalur lebar di luar bandar itu selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan kepada SKMM untuk penembusan jalur lebar sebanyak 30 peratus isi rumah di Sabah.

Katanya pada tahun lepas SKMM mencapai sasaran 14 peratus penembusan jalur lebar kepada isi rumah di negeri ini dengan tumpuan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata SKMM sedang meningkatkan liputan telekomunikasi di negeri ini melalui pembinaan 212 menara telekomunikasi, bermula tahun ini hingga tahun depan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM343 juta untuk meningkatkan liputan telekomunikasi di negara ini dengan keutamaan diberikan kepada Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan