Trend Hilang Kepercayaan Kepimpinan PKR Akan Terus Berlaku - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata trend hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)akan terus berlaku kerana ramai anggotanya telah menyedari pemimpin mereka berjuang atas landasan sia-sia.

Beliau berkata berdasarkan pelbagai maklumat yang telah diterimanya, ramai anggota parti itu kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tidak bagaimana dalam Barisan Nasional, seperti Umno dan rakan-rakan BN lain, mereka tahu bahawa kepimpinan PKR lebih banyak main politik tetapi tidak berupaya untuk memajukan negara atau menunjukkan kesunggguhan untuk majukan rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor, yang diketuai Khalid, kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Muhyiddin berkata bahawa sewaktu PKR ditubuhkan, ramai menganggotainya kerana sebab-sebab tertentu seperti terpengaruh atau terpedaya dengan kepimpinan parti itu.

"Saya jangka ramai lagi akan keluar menjelang pilihan raya akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan