Tiga Jenis Pasir Sahaja Perlu Lesen Untuk Dieksport

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hanya pasir silika, kuarza dan laut yang memerlukan lesen untuk dieksport, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Mohamed Khalid Yusuf memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa pasir sungai dan pasir lombong pula tidak tergolong di bawah larangan eksport secara bersyarat itu.

Dua hari lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya mempersoalkan sama ada pasir dari Johor yang dihantar ke Singapura itu merupakan pasir biasa atau pasir silika.

Ditanya dengan ketiadaan lesen memungkinkan pasir sungai dan lombong boleh dieksport seberapa banyak ke Singapura bagi apa jua tujuan, beliau berkata kebenaran tertakluk di bawah jabatan lain dan bukannya kastam.

Mengenai kuantiti sebenar pasir yang dieksport ke Singapura, Mohamed Khalid berkata: "Bagi pasir silika, jumlah purata ialah 10 lori sehari. Kita boleh sahkan setiap pasir yang dieksport. Kita ada borang ikrar." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan