Suami Isteri Rugi RM20, 000 Rumah Sewa Terbakar

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepasang suami isteri hari ini kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumah teres dua tingkat yang disewa mereka di kawasan perumahan Bukit Setongkol dekat sini terbakar.

Ketua Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Yusaimi Zulkifli berkata pasukan bomba dan penyelamat Kuantan yang bergegas selepas menerima laporan orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira 9.30 pagi dan kemudian berjaya mengawal kebakaran yang memusnahkan bahagian dapur rumah itu.

"Anggota bomba mendapati kerosakan teruk pada bahagian dapur rumah yang dianggarkan bernilai RM20,000 termasuk barang elektrik dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Penyewa rumah itu, Nur Anis Amin,26, berkata beliau dan suami tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja manakala anak lelakinya yang berumur lapan bulan di hantar ke pusat asuhan kanak-kanak.

"Saya dan suami bergegas pulang kira-kira 9.20 pagi sebaik menerima panggilan daripada jiran-jiran yang mengatakan rumah kami terbakar," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Wan Shahrul Azmi Wan Rastam,27, berkata kebakaran itu berlaku ketika dia sedang tidur di dalam rumahnya sebelum terdengar bunyi letupan dan gegaran yang kuat.

"Apabila keluar melalui pintu belakang rumah saya dapati cermin tingkap dapur rumah terbabit telah pecah dan api menjulang sehingga ke atap.

"Saya dan kira-kira 10 lelaki lain kemudian terpaksa mengangkat pintu pagar belakang rumah itu untuk menyimbah air menggunakan baldi dan getah paip sehinggalah bomba sampai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan