Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.

Pengarang akhbar Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata, menyerang mana-mana rumah ibadat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini.

“Kita perlu menghormati rumah ibadat kerana ia adalah rumah yang memang perlu dihormati,” katanya.

Lawrence juga berharap, tindakan segera akan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mereka telah menjalankan tugas yang sangat baik setakat ini dan kita berharap pihak polis akan dapat mengesan dan menangkap mereka yang telah bertindak membakar dua buah surau itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Thomas Philips berkata, beliau terkejut dengan kejadian terbaru ini.

“Mereka yang melakukan perbuatan ini adalah mereka yang tidak mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan mencari jalan penyelesaian dengan baik,” tegas beliau.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyelar perbuatan membakar surau tersebut dengan berkata, semua pihak perlu bekerjasama dengan polis untuk menghentikan perbuatan ini.

“Kita perlu memikirkan satu mekanisma bagaimana untuk menghentikan perbuatan seperti ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian terbaru hari ini, dua buah surau di Muar iaitu Surau Sillaturahim di Jalan Ismail dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh rosak kerana dibakar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan