Isu Disiplin Dr Hassan Ali & Khalid Samad: Hari Penentu Esok

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat berhubung tuduhan terhadap mereka akan diketahui esok.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang keputusan mengenai siasatan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa itu.

"Esok adalah hari penentunya...hari penghakiman buat mereka.

"Kita akan bermesyuarat esok bagi membuat pertimbangan terakhir mengenai tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahimm, jawatankuasanya akan bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS Pusat pagi esok dan dijadual akan berkahir sebelum solat Jumaat.

"Buat masa ini saya tak boleh beri banyak komen, tunggu esok... sebelum (solat) Jumaat insyaAllah mesyuarat kita akan berakhir," katanya.

Pada penghujung Disember lalu, Hassan dan Khalid dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi memberikan keterangan berhubung beberapa perkara berkaitan siasatan terhadap mereka.

Seterusnya pada 7 dan 9 Januari lalu, kedua-dua mereka dipanggil sekali lagi bagi menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan terhadap mereka.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sudah menerima semua dokumen tambahan yang diperlukan bagi melengkap siasatan pihaknya.

"Awal bulan lalu kita sudah dapatkan keterangan dan kita minta mereka serahkan dokumen tambahan... dokumen itu pun kita sudah terima.

"Semua maklumat sudah lengkap dan esok kita akan menilai semuanya secara terpeinci dan mendalam sebelum membuat keputusan akhir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan