'Wang Tidak Boleh Ganti Nyawa Anak Saya' - Ayah Mangsa

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: "Wang tidak boleh ganti nyawa anak saya kerana dia seorang pelajar yang cemerlang," luah Yeoh Cheong Hean, ayah kepada Brandon Yeoh yang maut dalam tragedi perahu naga terbalik Ahad lepas.

"Brandon berminat menjadi perekacipta serta mahu melanjutkan pelajarannya ke Jerman selepas SPM nanti. Malah beliau telahpun belajar bahasa Jerman dan saya menyokong cita-citanya itu tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan," katanya.

Yeoh berkata Brandon merupakan Pengerusi Kelab Sains Rekacipta dan pernah memenangi beberapa anugerah pertandingan rekacipta di peringkat negeri.

Yeoh berkata, beliau berterima kasih atas semua sumbangan yang diterima tetapi masih terlalu sedih dengan kehilangan anaknya kerana Brandon adalah anak harapannya.

Mayat Brandon akan di bakar pada petang ini di Tapak Perkuburan Khoo Kongsi dan abu mayatnya akan di simpan di Kuil Kek Lok Si.

Terdahulu, Yeoh menerima sumbangan RM3,000 daripada Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang disampaikan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan.

Teng berkata BN negeri telah memutuskan untuk memberi bantuan sebanyak RM3,000 bagi setiap keluarga mangsa perahu naga terbalik itu.

"BN memberi bantuan kewangan sebagai meringankan bebanan keluarga mangsa dan kita juga menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Azhar Ibrahim, Bendahari MCA Loh Nam Hooi dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Bahang Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menziarahi jenazah salah seorang mangsa, Brandon Yeoh, 17, di rumah simpan mayat di Khoo Kongsi di Air Itam di sini.

Pada kejadian pagi Ahad lepas, enam orang termasuk seorang guru dari Sekolah Tinggi Chung Ling ditemui lemas apabila perahu naga yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di kawasan kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum pada 8.45 pagi.

Mereka yang terkorban ialah guru sekolah yang juga penasihat pasukan Chin Ai Fang, 28, dan lima pelajar iaitu Jason Ch'ng, 17, Goh Yi Xiang, 15, Brandon Yeoh, 17, Cheah Zi Yun, 17, dan Yong Xiang, 16.

Sebanyak 12 pelajar lagi terselamat setelah sempat berenang dan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan